Wednesday, September 07, 2011

Seekor Kucing Hitam

Setiap kali aku terpandang sangkar hitam di luar rumah, air mata aku mula merembes.

Hanya tinggal sangkar.

Kucing, di mana engkau sekarang? Aku rindukan engkau wahai kucing.

Aku rindukan keletah engkau. Aku rindukan ngiauan engkau. Aku rindukan semuanya tentang engkau.

6 bulan engkau bersama aku, terlalu banyak kenangan yang sukar aku lupakan.

Maafkan aku, aku bersalah terhadap engkau wahai kucing..

Aku berdoa agar engkau berbahagia di luar sana. Aku berharap engkau akan kembali ke sisi aku suatu hari nanti. Aminn..

Wednesday, August 03, 2011

Pemuda Berhati Mulia

Antara tahun 1991 hingga awal 1993:

Seorang murid tahap satu berjalan di bawah terik matahari. Perjalanan pulang dari sekolah menuju ke teratak keluarga.
Tidak jauh di belakangnya kelihatan seorang pemuda penunggang motorsikal. Tidak dapat dipastikan lingkungan umurnya, belasan tahun atau awal 20an.
Semakin menghampiri murid tahap satu.

"Rumah hang kat mana?", soal pemuda.

"Kat depan rumah Pak Ndak Haji Dollah.", jawab si murid.

"Mai naik!", pemuda mempelawa.

Si murid tahap satu mengikut arahan. Terkial-kial si murid memanjat ke atas jentera si pemuda. Motorsikal meluncur laju sehingga tiba di hadapan teratak Anuar, bapa si murid.

Pemuda memberhentikan motorsikal. Si Murid turun dengan senyum.

"TERIMA KASIH BANG!", Jerit si murid.

p/s : wtf, entry ape nih lahanat?

Saturday, July 30, 2011

Geng bas tambang

Video promo kisah pengembaraan dua hero remaja mengelilingi semenanjung Malaysia.



Untuk berkongsi segala pengalaman, pahit maung serta liku-liku yang telah mereka lalui sepanjang pengembaraan tersebut, dua hero remaja ini telah menyediakan sebuah blog, Diarios de bus tambangleta untuk anda semua. Enjoy..

Wednesday, May 18, 2011

Perjalanan Balik Rumah



Ada beberapa benda yang aku suka tentang video nih :
  1. Skill mamat nih yang begitu mengkagumkan.
  2. Lagu background yang mengasyikkan.
  3. Panorama dan persekitaran yang amat cantik lagi mendamaikan (bagi aku la).
  4. Basikal tu.
Dulu aku pun peminat basikal. Banyak kenangan dan peristiwa dalam hidup aku yang melibatkan basikal. Nanti ada masa aku tulis  tentang semua tu. Untuk entry kali ni, just nak berkongsi salah satu video yang aku suka. Video ni boss aku yang forward URL dia kat aku suatu ketika dahulu.

Sunday, May 08, 2011

LHDN dan HSBC

"Haduiyai, apsal la diorang tak letak HSBC bank dalam list bank diorang??.."
"..aku mana ada account bank lain selain HSBC!.. maksud aku yang aktif, Maybank dah tak aktif, CIMB, err.. err.. lupe username dengan password la. BSN? huh.. lagi la lama dah tak aktif"
"bank overseas lain sume ada je ni ha, apsal HSBC xde? Susah la camni, nak menyusahkan aku je la.. Haduiyai diorang nih.."
Begitu la lebih kurang dan serba sikit rungutan dan persoalan yang dilontarkan penulis kepada seorang rakan sepejabat pada penghujung bulan lepas (April 2011). Semua itu timbul ketika penulis hendak berurusan dengan e-Filing.

Yes, buat masa sekarang penulis tiada account bank yang aktif selain HSBC. Itu pun sebab gaji masuk HSBC. Agaknya kalau gaji pun dibayar secara tunai, tak ada dah la account bank yang aktif. Tapi itu bukan masalah utama yang penulis hadapi. Masalahnya adalah kenapa HSBC bank tidak disenaraikan sebagai salah satu bank dalam e-Filing tersebut?
"Nah, I copy paste for you.. You check lah "
  1. Affin Bank Berhad
  2. Agro Bank
  3. Alliance Bank Malaysia Berhad
  4. Am Bank Berhad
  5. Bank Islam Malaysia Berhad
  6. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd
  7. Bank Muamalat Malaysia Berhad
  8. Bank Of America Malaysia Berhad
  9. Bank Simpanan Nasional
  10. Cimb Bank Berhad
  11. Citibank Berhad
  12. Deutsche Bank (Malaysia) Berhad
  13. Eon Bank Berhad
  14. Hong Leong Bank
  15. Hongkong dan Shanghai Bank Malaysia Bhd
  16. J.P. Morgan Chase Bank Bhd
  17. Kuwait Finance House Malaysia Bhd
  18. Malayan Banking Berhad
  19. Ocbc Al-Amin Bank Bhd/Ocbc Bank Malaysia Bhd
  20. Public Bank Berhad/Public Islamic Bank Berhad
  21. Rhb Bank Berhad
  22. Standard Chartered Bank Malaysia Bhd
  23. The Royal Bank Of Scotland
  24. United Overseas Bank (Malaysia) Berhad
"You see, got no HSBC right? I told you already..
Segala rungutan, persoalan penulis tersebut di-handle dengan tenang dan bersahaja oleh teman sepejabat penulis :
"Dude, got lah! Hongkong dan Shanghai Bank Malaysia Bhd is HSBC lah.."
... 
... 
"Oh really ah?.."..

Fahmi Anuar : Buat la rujukan dengan teliti sebelum membuat rungutan. Lihat, amati dan fikir sebelum membuat apa sahaja tindakan susulan. Kepada pihak yang berkenaan kemaskini lah apa yang patut dikemaskini.

Saturday, May 07, 2011

Pembuka Bicara

Assalamu'alaikum,..

Sesiapa sahaja yang meng-access url untuk blog ini seterusnya view post ini, ribuan terima kasih penulis ucapkan kepada anda. 

Ini adalah blog peribadi penulis. Buat masa ini (ketika post ini ditaip) penulis masih belum mempunyai tema yang sesuai untuk blog ini. Penulis akan menulis apa sahaja yang penulis rasakan sesuai ditulis (ditaip; mungkin lebih tepat) di dalam blog ini bergantung kepada idea & mood semasa penulis.

Penulis memohon jutaan maaf daripada semua pembaca yang ada membaca post ini (juga post yang seterusnya) terutama sekali kepada mereka yang peka dengan penggunaan bahasa kebangsaan. Penulis tidak berniat untuk mencemarkan mahu pun merosakkan bahasa kebangsaan kita dengan mencampur adukkannya dengan bahasa lain selain bahasa Melayu. Begitu juga dengan tatabahasa mahu pun ejaan yang penulis gunakan. Harap di maafkan.

Sekian.