Sesiapa sahaja yang meng-access url untuk blog ini seterusnya view post ini, ribuan terima kasih penulis ucapkan kepada anda.
Ini adalah blog peribadi penulis. Buat masa ini (ketika post ini ditaip) penulis masih belum mempunyai tema yang sesuai untuk blog ini. Penulis akan menulis apa sahaja yang penulis rasakan sesuai ditulis (ditaip; mungkin lebih tepat) di dalam blog ini bergantung kepada idea & mood semasa penulis.
Penulis memohon jutaan maaf daripada semua pembaca yang ada membaca post ini (juga post yang seterusnya) terutama sekali kepada mereka yang peka dengan penggunaan bahasa kebangsaan. Penulis tidak berniat untuk mencemarkan mahu pun merosakkan bahasa kebangsaan kita dengan mencampur adukkannya dengan bahasa lain selain bahasa Melayu. Begitu juga dengan tatabahasa mahu pun ejaan yang penulis gunakan. Harap di maafkan.
Sekian.