"Haduiyai, apsal la diorang tak letak HSBC bank dalam list bank diorang??.."
"..aku mana ada account bank lain selain HSBC!.. maksud aku yang aktif, Maybank dah tak aktif, CIMB, err.. err.. lupe username dengan password la. BSN? huh.. lagi la lama dah tak aktif"
"bank overseas lain sume ada je ni ha, apsal HSBC xde? Susah la camni, nak menyusahkan aku je la.. Haduiyai diorang nih.."Begitu la lebih kurang dan serba sikit rungutan dan persoalan yang dilontarkan penulis kepada seorang rakan sepejabat pada penghujung bulan lepas (April 2011). Semua itu timbul ketika penulis hendak berurusan dengan e-Filing.
Yes, buat masa sekarang penulis tiada account bank yang aktif selain HSBC. Itu pun sebab gaji masuk HSBC. Agaknya kalau gaji pun dibayar secara tunai, tak ada dah la account bank yang aktif. Tapi itu bukan masalah utama yang penulis hadapi. Masalahnya adalah kenapa HSBC bank tidak disenaraikan sebagai salah satu bank dalam e-Filing tersebut?
"Nah, I copy paste for you.. You check lah "
- Affin Bank Berhad
- Agro Bank
- Alliance Bank Malaysia Berhad
- Am Bank Berhad
- Bank Islam Malaysia Berhad
- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd
- Bank Muamalat Malaysia Berhad
- Bank Of America Malaysia Berhad
- Bank Simpanan Nasional
- Cimb Bank Berhad
- Citibank Berhad
- Deutsche Bank (Malaysia) Berhad
- Eon Bank Berhad
- Hong Leong Bank
- Hongkong dan Shanghai Bank Malaysia Bhd
- J.P. Morgan Chase Bank Bhd
- Kuwait Finance House Malaysia Bhd
- Malayan Banking Berhad
- Ocbc Al-Amin Bank Bhd/Ocbc Bank Malaysia Bhd
- Public Bank Berhad/Public Islamic Bank Berhad
- Rhb Bank Berhad
- Standard Chartered Bank Malaysia Bhd
- The Royal Bank Of Scotland
- United Overseas Bank (Malaysia) Berhad
"You see, got no HSBC right? I told you already.."Segala rungutan, persoalan penulis tersebut di-handle dengan tenang dan bersahaja oleh teman sepejabat penulis :
"Dude, got lah! Hongkong dan Shanghai Bank Malaysia Bhd is HSBC lah.."
...
...
"Oh really ah?.."..
Fahmi Anuar : Buat la rujukan dengan teliti sebelum membuat rungutan. Lihat, amati dan fikir sebelum membuat apa sahaja tindakan susulan. Kepada pihak yang berkenaan kemaskini lah apa yang patut dikemaskini.