Monday, July 09, 2012

PIBG dan Mesyuarat PIBG

Setiap tahun setiap sekolah-sekolah (kerajaan atau swasta) akan mengadakan mesyuarat tahunan PIBG (Persatuan Ibu Bapa Dan Guru). Mesyuarat akan membincangkan isu-isu berkaitan sekolah, murid-murid/pelajar, penglibatan ibu bapa dan guru.

Persoalannya, adakah sessi menyuarat ini satu medan untuk ibu bapa 'menghentam' dan mencari salah guru? Guru itu, guru ini, guru tidak pandai mengajar, bla bla.. Pada kebiasaannya, pasti akan ada satu sessi seumpamanya. Adakah situasi yang sedemikian sepatutnya berlaku?

Tuesday, May 08, 2012

Penyanyi Menyanyikan Bunyi-bunyian

Arakian, pada hari ini semakin ramai penyanyi mahupun yang berkeinginan hendak menjadi penyanyi. Musibah atau sebaliknya?

Wednesday, September 07, 2011

Seekor Kucing Hitam

Setiap kali aku terpandang sangkar hitam di luar rumah, air mata aku mula merembes.

Hanya tinggal sangkar.

Kucing, di mana engkau sekarang? Aku rindukan engkau wahai kucing.

Aku rindukan keletah engkau. Aku rindukan ngiauan engkau. Aku rindukan semuanya tentang engkau.

6 bulan engkau bersama aku, terlalu banyak kenangan yang sukar aku lupakan.

Maafkan aku, aku bersalah terhadap engkau wahai kucing..

Aku berdoa agar engkau berbahagia di luar sana. Aku berharap engkau akan kembali ke sisi aku suatu hari nanti. Aminn..

Wednesday, August 03, 2011

Pemuda Berhati Mulia

Antara tahun 1991 hingga awal 1993:

Seorang murid tahap satu berjalan di bawah terik matahari. Perjalanan pulang dari sekolah menuju ke teratak keluarga.
Tidak jauh di belakangnya kelihatan seorang pemuda penunggang motorsikal. Tidak dapat dipastikan lingkungan umurnya, belasan tahun atau awal 20an.
Semakin menghampiri murid tahap satu.

"Rumah hang kat mana?", soal pemuda.

"Kat depan rumah Pak Ndak Haji Dollah.", jawab si murid.

"Mai naik!", pemuda mempelawa.

Si murid tahap satu mengikut arahan. Terkial-kial si murid memanjat ke atas jentera si pemuda. Motorsikal meluncur laju sehingga tiba di hadapan teratak Anuar, bapa si murid.

Pemuda memberhentikan motorsikal. Si Murid turun dengan senyum.

"TERIMA KASIH BANG!", Jerit si murid.

p/s : wtf, entry ape nih lahanat?

Saturday, July 30, 2011

Geng bas tambang

Video promo kisah pengembaraan dua hero remaja mengelilingi semenanjung Malaysia.



Untuk berkongsi segala pengalaman, pahit maung serta liku-liku yang telah mereka lalui sepanjang pengembaraan tersebut, dua hero remaja ini telah menyediakan sebuah blog, Diarios de bus tambangleta untuk anda semua. Enjoy..